Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Remaja Maut Dipercayai Terkena...

NILAI - Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik berhampiran gelanggang...

‘Ginger Jihadist’ Muncul Dalam...

CANBERRA - Seorang remaja yang hilang dari rumahnya yang digelar media sebagai 'Ginger...

Asal Usul Simbol ‘@’...

HINGGA kini, asal usul simbol ‘@’ yang sangat penting pada zaman sekarang terutama bagi...

Pelantikan Kapten Izham Teraju...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan...

Raikan Kepelbagaian, Jangan Berfikiran Sempit

KUALA LUMPUR: UMNO membidas beberapa pihak yang didakwa membelakangi prinsip penubuhan negara dengan menggunakan isu agama dan bangsa demi kepentingan politik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menyifatkan pemikiran sempit dan jumud itu tidak sepatutnya dipraktikkan dalam keadaan negara yang sudah mengecapi kemerdekaan selama 65 tahun.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu antara lain menegaskan, Barisan Nasional (BN) sentiasa kekal dengan pendirian menghormati dan meraikan kepelbagaian agama dan kaum, selain berpegang teguh kepada konsep perkongsian kuasa, seiring matlamat penubuhan gabungan itu.

Malah, katanya, pentadbiran negara diterajui BN selama 61 dibuat berdasarkan kepelbagaian kaum, agama dan bangsa.

“Saya sendiri memenangi Parlimen Titiwangsa dengan majoriti 4,632 undi menerusi sokongan semua kaum di kawasan berkenaan.

“Kepelbagaian kaum dimiliki BN adalah aset sangat berharga sehingga ekonomi negara dapat dibangunkan dengan begitu baik semasa zaman BN memerintah. Malaysia beralih daripada negara pertanian yang mundur menjadi antara ekonomi terbesar di rantau ASEAN.

“BN sentiasa melihat pembabitan pelbagai kaum adalah antara faktor penting menentukan kejayaan Malaysia.


“Negara berjaya mencapai tahap kestabilan politik tinggi kerana kita menghormati semua kaum dan sanggup bekerjasama tanpa mengira bangsa, agama, adat resam dan perbezaan sosioekonomi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum pembubaran Parlimen mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga dapat mentadbir selama 14 bulan tanpa masalah.

Ketika itu, katanya, tidak timbul isu sama ada PH dianggotai DAP.

“Sejarah Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008 menyaksikan kerajaan Selangor diterajui BN, hilang kuasa apabila BN hanya ada 20 kerusi, manakala PAS (15) dan PH (21).

“Situasi sama berlaku di Perak apabila BN hanya meraih 28 kerusi, diikuti PAS (enam) dan PH (25). Tiada parti mendapat majoriti (mudah) tetapi PAS memilih untuk bekerjasama dengan PH dan BN ketika itu menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori