Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

MOA Tidak Boleh Dedah...

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak boleh mendedahkan identiti syarikat...

Shen Yi, Yi Yi...

KUALA LUMPUR – Anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi yang ditempatkan...

Pengantin Tinggal Pelamin, Peluk...

GARA-GARA rakaman video menunjukkan dia memeluk bekas kekasih pada majlis perkahwinan sendiri menjadi...

Australia Panggil Balik Duta...

SYDNEY - Australia hari ini mengumumkan akan memanggil balik dutanya ke Indonesia selepas...

Pyongyang Lancar Lagi Empat Misil Balistik

SEOUL – Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik dalam ujian senjata terbaharu Pyongyang ketika latihan tentera udara terbesar melibatkan Washington dan Seoul berakhir kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia termasuk sebuah misil antara benua dan sebuah misil lain yang jatuh berhampiran perairan Korea Selatan dalam perkembangan yang disifatkan Presiden Yoon Suk-yeol sebagai ‘pencerobohan wilayah yang jelas’.

Ujian misil terbaharu Korea Utara berlaku ketika beratus-ratus jet perang Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan termasuk pesawat pengebom B-1B menyertai latihan udara Vigilant Storm.

“Tentera Korea Selatan mengesan empat misil balistik jarak dekat dilancarkan oleh Korea Utara dari Tongrim dalam Wilayah Pyongan Utara, menuju ke Laut Barat (Laut Kuning) sekitar pukul 11.32 pagi hingga 11.59 pagi (waktu tempatan),” kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan.

“Jarak penerbangan misil-misil itu adalah sekitar 130 kilometer pada ketinggian 20 kilometer dengan kelajuan Mach 5 (6,175 kilometer sejam),” kata JCS.

AS memberi amaran bahawa siri pelancaran misil oleh Korea Utara pada bulan lalu dan bulan ini akan diakhiri dengan ujian senjata nuklear.


Pyongyang meningkatkan pelancaran peluru berpandu sebagai tindak balas kepada Vigilant Storm. Latihan sedemikian telah lama membangkitkan kemarahan Korea Utara, yang melihatnya sebagai persiapan untuk pencerobohan.

Vigilant Storm berakhir dengan kerahan dua pesawat pengebom B-1B kelmarin dalam pameran kekuatan yang dipertingkatkan.

Walaupun B-1B tidak lagi membawa senjata nuklear, ia disifatkan sebagai ‘tulang belakang pasukan pengebom jarak jauh AS’.

B-1B boleh membawa kapasiti senjata 34 tan termasuk peluru berpandu dan bom berpandu laser. Jet pengebom itu boleh mengisi bahan api di udara sekali gus berupaya menyerang mana-mana sasaran di dunia.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori