• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: KJ Minta Bertanding Di Sungai Buloh- Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
10/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: KJ Minta Bertanding Di Sungai Buloh- Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan untuk mencalonkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh dibuat selepas Menteri Kesihatan itu membuat permintaan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Zahid berkata, keputusan untuk mencalonkan beliau di kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan hasrat Khairy sendiri.

“Dia (Khairy) yang minta kerusi Parlimen itu. Dia minta kerusi diberikan kepadanya. Sebab itu, saya endorse (menyokong) dia,” katanya ringkas selepas melawat Command Center BN Parlimen Titiwangsa di sini malam tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, Ahmad Zahid, bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berhubung kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa hasrat tersebut tidak akan tercapai dalam masa terdekat.

“Ia bergantung pada pilihan raya berikutanya,” jelasnya ringkas.

Kosmo! hari ini melaporkan hasrat Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri dan memimpin parti UMNO pada suatu hari nanti.

Khairy sebelum ini dia tidak pernah meluahkan perkara tersebut, namun kali ini dia secara terang-terangan menyatakan hasrat berkenaan di hadapan pengundinya ketika berkempen di Sungai Buloh.

“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan-rakan, suatu hari nanti saya nak pimpin UMNO, satu hari nanti saya mahu jadi Perdana Menteri kamu untuk kita bangunkan negara ini,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiKJPRU-15sungai buloh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

Rafizi Dedah Drama Saat Akhir Calon PKR Sungai Buloh

Rafizi Dedah Drama Saat Akhir Calon PKR Sungai Buloh

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa berlaku perbezaan pendapat antara beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd