• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Calon BN Isytihar Harta Selepas Jadi Ahli Parlimen

oleh AK-47
12/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Calon BN Isytihar Harta Selepas Jadi Ahli Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon BN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan mengisytiharkan harta mereka selepas dilantik sebagai anggota kabinet.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan amalan parti itu yang akan membuat pengisytiharan harta selepas kerajaan dibentuk.

“Kalau PKR nak buat, itu dia punya pasal. Kita (BN) isytihar harta selepas menjadi ahli Parlimen.

“Itu memang sudah jadi kemestian yang dibuat setiap tahun. Saya belum lagi jadi ahli Parlimen, jadi tak perlulah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui berkempen di Taman Anggerik di Senawang di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu Mohamad yang merupakan calon Parlimen Rembau turut menyelar kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir yang mengeluarkan hukum undi BN dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka dalam kempennya baru-baru ini.

Katanya, tiada sesiapa yang boleh menentukan syurga dan neraka seseorang melainkan Allah.

“Bagi saya syurga dan neraka itu urusan Allah. Tapi kalau pemimpin Pas boleh kata orang itu boleh masuk syurga atau neraka, bagi saya Pas telah dapat satu syafaat yang besar,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi 28 saat Mohd Shahiful yang memberikan hukum masuk neraka sekiranya rakyat mengundi PH dan BN.

Bagaimanapun, Mohd Shahiful pada hari ini, dalam kenyataannya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan isu ‘undi BN dan PH masuk neraka’.

Permohonan maaf itu dibuat melalui satu video yang disiarkan di Facebook Pemuda Pas Sik.

Dalam video berdurasi 34 saat itu beliau turut memohon untuk dihentikan segala bentuk sebaran video itu bagi menjamin keharmonian dan persaingan PRU15.

-Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenBNCalon BNIsytihar HartaPRU-15Tok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 3 Kampung Kalimantan Dalam Wilayah Malaysia Masih Dalam Rundingan – Tok Mat

Isu 3 Kampung Kalimantan Dalam Wilayah Malaysia Masih Dalam Rundingan – Tok Mat

26/01/2026
0

SEREMBAN: Isu tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan masih...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd