• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Rakyat Diberi Mandat Tentukan Pelantikan Jawatan Awam

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Rakyat Diberi Mandat Tentukan Pelantikan Jawatan Awam
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Rakyat akan diberi mandat untuk terbabit dalam pelantikan jawatan awam penting termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat itu diberikan melalui wakil rakyat di Parlimen.

“Rakyat akan diberikan mandat untuk meneliti dan terbabit dalam tapisan pelantikan jawatan awam terpenting di negara ini,” katanya pada pelancaran manifesto BN yang disiarkan secara langsung di laman media sosial, malam ini.

Dalam Perancangan Amal dan Usaha BN (Padu), beliau berkata, BN nekad memastikan amalan politik di negara ini dihidupkan hanya dengan cara bertanggungjawab dan telus melalui penggubalan Akta Pendanaan Politik.

Katanya, BN juga akan menghapuskan semua permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.

“Kejayaan 99 perkara dalam Padu bergantung kepada bagaimana BN mengamal dan mengusahakan dengan berstrategi. Ini bermakna perancangan yang baik mesti disusuli dengan amalan yang berstrategi, baik dan usaha yang gigih.

“Bagi melaksanakannya, BN bukan sekadar harus menjadi kerajaan yang kuat dan stabil tetapi kerajaan dengan pasukan terbaik,” katanya.

Menurutnya, BN akan membentuk pasukan mempunyai ilmu, pengalaman dan berwibawa yang diperlukan dalam menjadikan Padu satu realiti.

Justeru, beliau meletakkannya kepada pertimbangan baik rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

-Harian Metro

Tags: BNmandatManifesto BNPelantikan Jawatan AwamPRU-15Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd