• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden MIC Ditentang Enam Calon Di Sungai Siput

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Presiden MIC Ditentang Enam Calon Di Sungai Siput
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT : Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran berdepan saingan enam calon lawan dalam usaha merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Vigneswaran, 57, akan menentang penyandang kerusi itu, S. Kesavan, 72, daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri G. Irudianathan, 56, calon mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar, 49, daripada parti Pejuang.

Tiga calon Bebas iaitu suri rumah, R. Indrani, 50; bekas Ketua Penerangan PN Sungai Siput, Baharudin Kamarudin, 63, dan ahli perniagaan, N. Rajah, 57.

Seorang peniaga tempatan S. Nagalingam, 55, yang pernah dua kali bertanding kerusi sama membatalkan hasratnya pada saat akhir untuk bertanding kali ketiga.

Pada PRU14, Kesavan menewaskan calon BN, Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 5,607 undi.

Sementara itu, tiga calon akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang dan empat calon bertanding di DUN Jalong.

Penyandang kerusi Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN) akan dicabar Ahmad Dazlie Osman (PN) dan Zaim Sidqi Zulkifli (PH).

Di DUN Jalong, penyandang Loh Sze Yee (PH) akan dicabar Datuk Naran Singh (PN), Jerry Pan (BN), R. Indrani (Bebas).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sungai Siput, Mohd. Azhar Alias mengumumkan senarai calon yang bertanding pada pukul 11.30 pagi di Pusat Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput.

-Utusan Online

Tags: Presiden MICPRU-15Sungai Siput
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Keluar Kenyataan Berkaitan Pemecatan Hari Ini

Next Post

PRU-15: Penyokong Kecoh, FRU Lepaskan Gas Pemedih Mata

Related Posts

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

Pemimpin BERSATU Gesa SPRM Siasat Perbelanjaan Mewah PH, BN Semasa PRU15

Pemimpin BERSATU Gesa SPRM Siasat Perbelanjaan Mewah PH, BN Semasa PRU15

07/02/2023
0

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat perbelanjaan mewah oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semasa...

Next Post
PRU-15: Penyokong Kecoh, FRU Lepaskan Gas Pemedih Mata

PRU-15: Penyokong Kecoh, FRU Lepaskan Gas Pemedih Mata

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd