• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Poster Calon BN Parlimen Jerai Disimbah Cat

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Polis Siasat Poster Calon BN Parlimen Jerai Disimbah Cat
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis sedang menyiasat laporan berhubung poster calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Jerai di tepi jalan Simpang Empat, Jalan Pulau Bunting, dekat Yan, yang disimbah cat hitam tengah malam Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian poster Datuk Seri Jamil Khir Baharom disimbah cat hitam itu kira-kira 12.35 tengah malam Sabtu.

Laporan telah dibuat oleh seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat cat hitam yang disimbah di bahagian wajah calon di poster berkenaan. Siasatan sedang dijalankan dan bagi mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian boleh tampil memberikan maklumat kepada polis,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan yang tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) selain kawasan gelap.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

“Saya ingin menasihatkan semua pihak supaya tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan selain mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNCalon BNParlimen JeraipolisposterPRU-15siasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd