PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Chin Yoke Kheng @ Ruby Chin dan calon Barisan Nasional (BN), Chong Yew Chuan menguasai persaingan merebut kerusi Parlimen Cheras setakat pukul 6.18 petang tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Yew Chuan mendahului dengan 492 undi manakala Ruby sedikit tertinggal dengan 447 undi.
Seorang lagi calon di kerusi sama, Tan Kok Wai (Pakatan Harapan) memperolehi 73 undi.
Setakat pukul 6.18 petang tadi, sebanyak 1,012 undi telah dikira, berbanding 101,184 jumlah pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Kok Wai dengan majoriti 49,665 undi.
-Utusan Online
![[TIDAK RASMI] Calon BN Mendahului Di Parlimen Seremban](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2022/11/Malaysia-mengundi-PRU15-1.jpeg)

