• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar Tiga Projek Skala Besar Di Kepala Batas

oleh Mohd Arshad
02/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Lancar Tiga Projek Skala Besar Di Kepala Batas
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG PERAI – Majlis pecah tanah untuk tiga projek berskala besar di Kepala Batas, di sini hari ini boleh dianggap sebagai simbolik pembangunan kepada penduduk setempat selain satu manifestasi kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek pertama iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas dibangunkan bagi memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan belum memiliki
rumah.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM113 juta bagi membangunkan PPR berkenaan di atas tanah seluas 20 ekar atau lebih lapan hektar di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara (SPU) milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

“Ia meliputi 700 unit rumah pangsa (walk-up) termasuk tujuh unit rumah bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dan kos pembinaan seunit rumah ini adalah RM161,000 tetapi ia akan dijual pada harga RM45,000 seunit.

“Ini bermakna, subsidi bagi seunit rumah adalah RM116,000 dan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung Kerajaan bagi projek ini adalah sebanyak RM81.2 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Projek PPR Kepala Batas, Masjid Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pembinaan Masjid Bandar Putra Bertam pula dibangunkan di atas tanah seluas 2.023 hektar yang akan dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui kaedah perkongsian kos dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7 juta.

Katanya, perkongsian kos itu melibatkan peruntukan RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan, RM2 juta daripada kerajaan negeri serta sumbangan RM1 juta oleh pihak kariah melalui kutipan wakaf dana pembangunan masjid.

“Seni bina Masjid Putra Bertam ini berkonsepkan ‘green design approach’ atau bangunan mesra alam rendah karbon sekaligus menjadikannya sebagai salah satu bangunan hijau di Pulau Pinang,” ujarnya yang memberitahu masjid berkenaan mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah.

Satu lagi projek iaitu KBYC katanya, akan dibina selaras dengan pengumuman kerajaan pada Hari Sukan Negara 2022 di atas tapak seluas lebih 10 hektar bernilai RM45 juta di Mukim 6, SPU.

Kosmo-

Tags: Ismail Sabri YaakobKepala Batasprojek skala besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU-15: PH Kemuka 10 Tawaran

Next Post

PRU15: BN Tanding 11 Kerusi Parlimen Di Sabah

Related Posts

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

19/11/2022
0

KEPALA BATAS : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), masih lagi mendahului untuk kerusi Parlimen Kepala Batas. Ikuti...

Next Post
PRU15: BN Tanding 11 Kerusi Parlimen Di Sabah

PRU15: BN Tanding 11 Kerusi Parlimen Di Sabah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd