• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB Rugi – Muhammad Shafee

oleh Mohd Arshad
08/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB Rugi – Muhammad Shafee
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pendapat perundangan yang diberikan oleh seorang rakan kongsi sebuah firma guaman menyebabkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengalami kerugian AS$700 juta, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dinyatakan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika menyoal balas rakan kongsi yang juga Ketua Kumpulan Kewangan dan Amalan Projek firma guaman Wong & Partners, Lim Chin Hian.

Menurut Muhammad Shafee, seorang rakan kongsi firma guaman itu, Brian Chia, memberikan pendapat perundangan yang menjustifikasi pindahan AS$700 juta kepada syarikat Good Star Ltd (dikatakan milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low) melalui perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi Ltd (PSI).

Chin Hian bagaimanapun berulang kali mengulangi pendirian bahawa beliau tiada pengetahuan peribadi mengenai perkara itu, sehubungan itu tidak dapat memberikan ulasan mengenainya.

Saksi ke-32 pemdakwaan itu berkata, beliau juga tidak mengetahui Good Star sebenarnya syarikat milik Jho Low.

Muhammad Shafee kemudian mencadangkan pendapat perundangan Chia itu menguntungkan beberapa individu dalam 1MDB dan merugikan syarikat pelaburan terbabit.

Dalam perbicaraan sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta.

Ini berpunca daripada pindahan dana yang dibuat 1MDB kepada Good Star Ltd, iaitu syarikat yang dikatakan milik Jho Low dan beban hutang itu berlaku, selepas syarikat usaha sama masih dimiliki PSI.

Sementara itu, Chin Hian berkata, beliau tidak mengetahui Chia memberikan pendapat perundangan berhubung pindahan dana AS$700 juta itu.

Chin Hian memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

-Berita Harian

Tags: 1MDBPendapat PerundanganShafee Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd