Sample Page Title

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO negeri terutama Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan solidariti bagi menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seramai 90 daripada 130 ketua UMNO bahagian hadir mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Mewakili mereka, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah, berkata 130 ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan negeri berikrar menyokong Ahmad Zahid bagi meneruskan perjuangan dan memastikan parti terus relevan.

“Presiden meminta kita terus bersama memperkukuh parti, mana-mana ketua bahagian yang masih rasa bimbang, syak wasangka, masih fikir macam-macam, silalah kembali untuk kita bersatu.

“Yang mana sudah ‘kona baring’ (desak Ahmad Zahid letak jawatan) baliklah semula, tunjuk solidariti kepada Presiden… kita berlapang dada supaya UMNO kembali padu bersatu, kita hanya menang 30 kerusi, kalau tidak bersatu, malanglah kita di masa depan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Antara yang hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.


Selain itu, Mohd Shafie berkata, semua ketua UMNO bahagian turut menyatakan kekesalan atas kebiadaban pemimpin parti komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) atas desakan supaya Presiden meletak jawatan.

“Kita bawa dan kendong mereka berpuluh tahun, kerusi dimenangi mereka pun banyak majoriti Melayu, tetapi apabila kita dalam keadaan genting ini mereka pula berpaling tadah,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti termasuk komponen BN mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO sebagai mengambil tanggungjawab kekalahan besar parti itu pada PRU15.

Semalam, kepemimpinan tiga parti komponen BN turut mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid.

Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat bertarikh hari sama.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...