Sample Page Title

DUNGUN – Seorang pekerja kedai kosmetik, Nurul Farisya Muhamad, 26, berdepan detik cemas apabila diugut dan diacu dengan sebilah pisau dalam satu kejadian rompakan di Jalan Pak Sabah, pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa yang sendirian menjaga kedai itu terkejut apabila didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan secara tiba-tiba meluru masuk.

Pemilik kedai, Siti Julaiha Muhamad, 32, berkata, ketika kejadian dia berada di luar kawasan dan dikejutkan dengan panggilan telefon oleh penjaga kedai yang juga adiknya.

“Dia telefon dengan suara tersekat-sekat memberitahu diacu pisau di hadapan muka dan telah dirompak.

Kerana takut dia memberi semua wang hasil dua jam membuka kedai bermula jam 10 pagi.

“Kerugian dalam ratusan ringgit tetapi tidak pasti berapa dan kami bernasib baik kerana semalam wang hasil jualan lain sudah dikutip serta adik tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia menghubungi pihak polis sebelum mangsa membuat laporan.

“Kejadian ini kali pertama berlaku sepanjang bertahun-tahun meniaga di sini.

“Kamera litar tertutup (CCTV) sedang diperiksa untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...