• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBRS Sokong Zahid Dilantik TPM

oleh AK-47
27/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PBRS Sokong Zahid Dilantik TPM
Share on FacebookShare on Twitter

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut menyokong gesaan supaya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi dinamakan timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangannya Fredie Sua, berpendapat Zahid adalah calon terbaik untuk menerajui jawatan kedua tertinggi kerana BN adalah rakan kongsi utama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sua, yang menyokong cadangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii semalam berkata pihaknya berpendapat semua pelantikan dalam kerajaan Anwar perlu mengikut hierarki parti melalui rundingan.

“Ini bagi membolehkan penubuhan kerajaan Malaysia baru,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Mengakui kes mahkamah Zahid yang belum selesai, Sua berkata kes undang-undang terhadap ahli politik merupakan antara cabaran yang perlu ditangani.

Sua turut melahirkan keyakinan bahawa proses mahkamah akan dijalankan dengan adil.

“Selagi proses belum selesai, maka Zahid Hamidi selaku ahli parlimen Bagan Datuk, belum disabitkan kesalahan.

“Justeru itu, beliau berhak untuk dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri mengikut kirarkinya sebagai pengerusi BN dan presiden Umno,” katanya lagi.

Terdahulu, Razlan berkata Zahid calon terbaik untuk menerajui jawatan timbalan perdana menteri.

Berkongsi sentimen sama ialah bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo yang berkata pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri dapat memastikan Umno-BN dapat mencapai penyelesaian yang stabil untuk kerajaan baru serta parti itu sendiri dalam jangka masa panjang.

Walaupun pelantikan itu boleh dilihat sebagai satu kontroversi, Khir berkata rakyat tidak boleh menafikan hakikat bahawa Zahid masih belum disabitkan oleh mahkamah.

Dia berkata pemimpin PH juga berdepan perkara serupa, dengan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng juga masih menjalani perbicaraan kes di mahkamah.

Untuk rekod, Zahid dibebaskan daripada semua 40 pertuduhan rasuah dalam kes Sistem Visa Asing.

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 10 Jan tahun depan untuk satu lagi pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan Zahid.

Pun begitu, Zahid masih perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana berpuluh juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah menunjukkan terdapat kes prima facie (tertuduh perlu menjawab) terhadap bekas menteri dalam negeri itu, melibatkan 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan kes Zahid ini ditangguhkan ke Januari.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiPBRSsokongtpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd