• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sihat, Mahu BN Menang PRU15 – Nooryana

oleh AK-47
12/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Najib Sihat, Mahu BN Menang PRU15 – Nooryana
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan mahu BN meneruskan pentadbiran di Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anak perempuannya, Nooryana Najwa berkata, bapanya itu yakin dan percaya hanya BN sahaja sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat dan boleh transformasi negara lebih maju pada masa depan.

“Yana (Nooryana) harap kalau ada sesiapa rindu bosssku (Najib) berilah satu berita gembira kepada beliau yang sanggup berkorban untuk BN seterusnya ingin melihat parti ini memimpin negara,” katanya ketika berucap pada Program Bicara Santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tonggak 10 pada Jumaat.

Menurut Nooryana, BN perlu menang dengan jumlah kerusi dan majoriti lebih besar untuk memimpin serta membentuk kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, semua jentera perlu bekerja keras dan memberi perhatian untuk menarik sokongan pengundi demi kemenangan BN.

Ujar beliau, aura ‘Bosssku’ sentiasa bersama dengan rakyat walaupun terpisah dengan tembok penjara.

“Walaupun ayah di sana (penjara), tetapi beliau sentiasa fikir tentang tiga perkara sahaja iaitu BN, UMNO dan rakyat,” kata beliau.

Menurut Nooryana, Najib berpuas hati setelah meneliti senarai calon BN termasuk pemilihan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selaku calon kerusi Parlimen berkenaan.

“Apabila ayah dapat tahu Jamal jadi calon BN di Sungai Besar, ayah berasa bangga sangat dan ayah berpesan walau apa jua keadaan pun Yana mesti turun ke Sungai Besar untuk memberi sokongan kepada Jamal.

“Bossku tahu Jamal sebenarnya seorang yang berani dan setia serta mempertahan parti, malah Bossku sendiri tidak pernah lupa jasa parti kepada beliau,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: BNDatuk Seri Najib Tun RazakNooryanaPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd