• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Baik GTA Jadi Pembangkang – Tun Mahathir

oleh Mohd Arshad
12/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Lebih Baik GTA Jadi Pembangkang – Tun Mahathir
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI : Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditunjangi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memilih untuk menjadi pembangkang berbanding bekerjasama dengan pihak yang merosakkan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Penaja parti itu berkata, mereka sudah mempunyai pilihan seandainya perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun, bukan dengan tiga gabungan politik utama di negara ini.

“Terdapat beberapa parti di Sabah dan Sarawak, ada beberapa parti di Semenanjung, malah, calon bebas yang kita boleh bekerjasama jika mereka mengikut standard kita.

“Tetapi bukan tiga yang saya sebut tadi. Bukan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan bukan Pakatan Harapan (PH). Mungkin lebih baik kita jadi pembangkang daripada bekerjasama dengan penyangak,” katanya selepas Program Rapat Umum di sini, malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, rakyat serta pengundi di negara ini harus menolak ketiga-tiga gabungan utama tersebut pada PRU15 ini.

Beliau berkata, BN diterajui oleh pemimpin yang terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan yang mencuri daripada rakyat yang disebabkan itu mereka perlu menang pada pilihan raya tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Kedua adalah PH, dulu dapat jadi kerajaan dan menjadi sombong kononnya ada orang kaya dapat kontrak, mereka nak batalkan kontrak yang besar kerana ini adalah kapitalis dan orang itu (syarikat besar) harus hancurkan.

“Tetapi, apa yang mereka lupa dalam kontrak ini ramai pekerja. Apabila mereka cuba tamatkan kontrak ini yang jadi mangsa bukan tauke atau kapitalis yang ada duit tapi mangsa, menunjukkan mereka (PH) tak prihatin dan ambil kira nasib pekerja serta ingin kekalkan dasar anti perniagaan, bukan mesra perniagaan.

“Selain itu, mereka berpendapat, calon Perdana Menteri ialah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kita tahu Anwar dan rakan-rakannya biasa berada dalam penjara, apakah kita nak pilih orang sebegini yang tak prihatin dan hanya ingin nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Tambahnya, GTA juga tidak akan bekerjasama dengan PN kerana ia diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan pengkhianat yang menikam belakang rakan mereka.

“Mereka ini berniat nak jadi Perdana Menteri, kalau terus berada dalam PH tak boleh kerana pengganti saya kalau letak jawatan ialah Anwar, Muhyidin tak berpeluang sebab itu dia tertarik dengan idea kononnya jatuhkan kerajaan PH dan dirikan kerajaan baharu bersama musuh yang kleptokrat.

“Walaupun saya nasihat jangan berbuat demikian, mereka buat juga dan dengan tindakan mereka jatuh kerajaan PH, Muhyidin dan rakannya bersama kleptokrat boleh jadi kerajaan kerana cukup bilangan (sokongan). Kalau dia jadi Perdana Menteri sekali lagi kita perlu tutup dan kunci pintu belakang,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, negara akan menghadapi masalah jika Pas yang merupakan sebahagian daripada gabungan PN berkuasa selepas PRU15.

“Saya rasa mereka akan lebih menyalahgunakan agama. Mereka sudah melakukannya. Jika mereka menang, kita akan hadapi lebih banyak masalah daripada beberapa pelampau dalam kalangan mereka, tetapi bagi yang berpegang kepada ajaran Islam yang betul tiada masalah,” katanya.

-Utusan Online

Tags: GTApembangkangPRU-15Tun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd