• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Kembali Rampas Kerusi Titiwangsa

oleh Mohd Arshad
20/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Johari Kembali Rampas Kerusi Titiwangsa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Parlimen Titiwangsa sah milik calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dengan majoriti 4,632 selepas meraih undi 25,042.

Dengan kemenangan itu juga, ia sekali gus menyaksikan kekalahan calon Pakatan Harapan, Khalid Abdul Samad yang hanya meraih 20,410 undi, sementara calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosni Adam memperoleh undi sebanyak 14,518 undi dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mewakili parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) meraih 888 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Johari yang sebelum itu telah meraikan kemenangan bersama penyokongnya berkata, kemenangan itu amat bermakna berikutan hasil kerjasama semua pihak sejak lebih empat tahun lalu.

“Pertama sekali saya nak sebut, bahawa kemenangan ini adalah untuk rakyat Titiwangsa. Kemenangan ini agak mustahil kalau tidak kerana tuan puan semua.

“Sebenarnya ini hasil kerja tuan tuan bersama saya selama empat tahun enam bulan,” katanya ketika berucap di Pusat Operasi BN Titiwangsa, Taman Maluri di sini malam ini.

Johari pernah memenangi kerusi ini pada PRU13, namun tewas kepada Datuk Seri Rina Harun pada PRU14 selepas meraih majoriti 4,139 undi dan memperoleh 23,840 undi.

-Sinar Harian

Tags: BNjohari abdul ghanimenangPRU-15titiwangsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd