• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak ‘Dipatuk’ Ular Dua Kali -Ismail Sabri

oleh Mohd Arshad
15/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Elak ‘Dipatuk’ Ular Dua Kali -Ismail Sabri
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat agar tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila memilih kerajaan yang gagal pada PRU yang lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, rakyat perlu membuat pilihan bijak dengan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mahu melalui episod ‘dipatuk ular’ sekali lagi.

“Bagi saya, kalau kita kena (dipatuk) pun, sekali, sudahlah. Bak kata orang, dipatuk ular pada satu lubang, tak akan kita tidak sedar lubang itu ada ular dan kita hulur lagi pada lubang yang sama?

“Kita sudah tahu ditipu, kena tipu sekali cukuplah. Takkanlah mahu dua kali kena tipu, cukuplah sekali,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga Felda Lasah, Sungai Siput di sini hari ini.

Menurut beliau, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan disifatkan sebagai gagal berikutan tiada pengalaman memerintah menyebabkan negara dalam keadaan ‘huru-hara’.

Malah, katanya, sepanjang pemerintahan gabungan itu, tiada sebarang kelebihan diberikan kepada warga Felda sebaliknya golongan itu berdepan kejatuhan harga sawit.

“22 bulan orang cuba, bagi parti lain. Apa jadi pada waktu itu? Bila PH memerintah, mereka tiada pengalaman, akhirnya huru-hara seluruh negara.

“Apa yang Felda dapat daripada PH? Tiada. Bukan itu sahaja harga sawit jatuh merudum sampai RM240 ke RM250, paling rendah dalam sejarah waktu PH memerintah.

“Waktu itu apa dia (PH) buat? Mereka tidak tahu mahu buat apa. Untuk menaikkan harga sawit, menteri PH suruh minum sesudu minyak sawit setiap pagi. Itu saja idea mereka,” katanya.

Tambah beliau, BN terbukti kerajaan yang mampu memberi kesenangan dan menjaga kepentingan berdasarkan ‘track record’ parti itu selama ini.

“Dalam hidup ini kita nak cari senang, jangan cari azab. Kerajaan BN beri kesenangan sedangkan mereka beri azab kepada kita. Jadi kita mesti pilih antara azab dan kesenangan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Ismail SabriPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PN Sedia Bentuk Kerajaan Dengan BN, Kata Takiyuddin

Next Post

PRU-15: Elak Salah Pilih Pemimpin

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post
PRU-15: Elak Salah Pilih Pemimpin

PRU-15: Elak Salah Pilih Pemimpin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd