Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

GST: Pemilik Syarikat Telekomunikasi...

IPOH - Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen...

Farah Ann Menang Emas...

MANILA - Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh...

COVID-19: AS Benarkan Penggunaan...

AMERIKA Syarikat membenarkan penggunaan pil antiviral Merck & Co untuk pesakit COVID-19 dewasa...

Najib Menawarkan Bantuan Peralihan...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan bantuan peralihan kuasa kepada...

DUN Negeri Sembilan Lulus Belanjawan 2023

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 bertemakan ‘Melunas Janji, Menggalas Harapan’ bagi mengimbangkan keperluan sara hidup dan mengukuhkan ekonomi yang berdaya saing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 yang memperuntukkan perbelanjaan RM550 juta, anggaran hasil RM450 juta, belanjawan pembangunan bernilai RM130 juta serta belanjawan defisit sebanyak RM100 juta dibahaskan selama tiga hari bermula 25 November lalu membabitkan 36 Ahli DUN.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata ia merangkumi sektor pembangunan sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian, pentadbiran dan pelancongan selain akan terus diperkasa bagi memastikan rakyat dibantu mengharungi isu peningkatan kos sara hidup dan jaminan bekalan makanan.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson ketika sesi penggulungan berkata kerajaan negeri menambah peruntukan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran daripada RM10.13 juta pada 2022 kepada RM11.9 juta untuk tahun depan bagi projek pengurusan tebatan banjir dan lembangan sungai.

Untuk rekod, katanya, sebanyak RM39.55 juta (59.69 peratus) daripada keseluruhan peruntukan pembangunan berjumlah RM66.26 juta telah diperuntukkan untuk tujuan itu bagi tempoh 2018 hingga 2023.

“Kerajaan negeri mengutamakan kebajikan rakyat dalam menangani dan mencegah insiden banjir menerusi peruntukan tahunan yang disediakan khusus bagi menyelenggara sistem perparitan dan lembangan sungai,” katanya.


Bagi menghadapi bencana di negeri ini juga, peruntukan luar jangka bernilai RM2 juta pada tahun depan diperuntukkan berbanding RM500,000 pada 2022 selain menerusi Akaun Amanah Permasalahan Rakyat, Akaun Amanah Bencana dan Akaun Amanah Dana Khas Menteri Besar.

Terdahulu, Mustapha Nagoor (BN-Palong) ketika membahaskan RUU itu berkata penyediaan lot tanah untuk generasi baharu Felda perlu dilaksanakan secara konsisten selain kerjasama bersama kerajaan pusat dalam merealisasikan impian generasi kedua dan ketiga Felda dalam pemilikan rumah.

“Menjadi harapan kita mendapatkan lot tanah untuk generasi kedua dan ketiga Felda ini menjadi kenyataan kalau tidak ia akan mengambil masa bertahun-tahun dan tidak selesai,” katanya.

Mohd Razi Mohd Ali (BN-Sungai Lui) berkata menjadi impian anak-anak peneroka untuk memiliki sebuah rumah di samping mengusahakan ladang-ladang milik keluarga.

Persidangan DUN ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori