Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Denggi Di...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh...

Sultan Perak Titah Solat...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan setiap masjid di seluruh negeri...

Kes Hina Islam: Lelaki...

Kuala Lumpur : Lelaki yang ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman...

Perkhidmatan Rapid KL Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di stesen...

Dr Dzulkefly Sedia Galas Tanggungjawab Dalam Kabinet Perpaduan

Kuala Selangor : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersedia menggalas tanggungjawab untuk menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seandainya diberi peluang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Menteri Kesihatan itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Anwar, untuk menentukan barisan kepemimpinan kerajaan baharu.

“Saya semestinya bersedia memikul sebarang jawatan yang diberikan biarpun tidak terlalu mengharapkannya.

“Apa yang penting adalah terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri ke-10 dan yakin beliau dapat melunaskan ia sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Bersama Rakyat dan Jentera Pakatan Harapan (PH) di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Selangor, di sini, semalam.

Dr Dzulkefly berkata, persediaan itu sudah sebati dengan ahli politik termasuk beliau yang pernah memegang jawatan menteri sebelum ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jumlah majoriti dimenangi lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pihaknya membuat ‘post mortem’ berkaitan perkara itu.


“Ia dianggap perkara biasa tanpa mengira sama ada menang dengan majoriti besar mahupun kecil.

“Pendapat saya, cara pendekatan kempen menerusi Tik Tok dianggap tidak wajar diizinkan khususnya membabitkan isu perkauman. Namun, perlu berpolitik secara sihat,” katanya.

Pada PRU-15, Dr Dzulkefly daripada Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor dengan majoriti 1,002 undi.

Beliau meraih 31,033 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memperoleh 30,031 undi.

Turut tewas, Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 23,639 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd Shaid Rosli (1,778 undi).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori