• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kelantan Untung Tanpa Nik Abduh Sebagai Calon, Kata Jazlan

oleh AK-47
10/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Kelantan Untung Tanpa Nik Abduh Sebagai Calon, Kata Jazlan
Share on FacebookShare on Twitter

BN Kelantan melihat ketiadaan Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon PN di negeri itu akan memberi kelebihan kerana akan ada penyokong PAS memberikan undi mereka kepada Umno.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata sebenarnya tanpa Nik Abduh dinamakan sebagai calon sekali lagi, ia memberi kesan yang besar buat partinya.

“Ada penyokong PAS memaklumkan kepada jentera BN Kelantan tentang kesudian mereka untuk memberi sokongan kepada kami.

“Kebanyakan mereka adalah penyokong tegar Allahyarham Nik Abdul Aziz dan tindakan mereka beralih arah itu mungkin disebabkan anak Tok Guru itu tidak dicalonkan semula kali ini, sekali gus seolah-olah PAS mahu memadamkan legasi bekas menteri besar Kelantan itu,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Nik Abduh merupakan antara pemimpin pelapis yang asalnya dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam PAS.

Dia pernah memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan parti itu untuk mengisi salah satu tempat dalam jawatankuasa pusat parti berkenaan pada 2017.

Pernah menjadi ketua pemuda, Nik Abduh bagaimanapun berdepan ‘penolakan beramai-ramai’ apabila dalam pemilihan pada Nov tahun lalu dia gagal mendapat undi mencukupi untuk melayakkannya berada dalam badan itu secara automatik.

Bagaimanapun PAS tetap membawa Nik Abduh ke jawatankuasa berkenaan secara lantikan bersama beberapa tokoh lain, termasuk penyandang ahli parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, serta setiausaha politik menteri alam sekitar dan air, Mohd Zuhdi Marsuki.

Sikap ditunjukkan Nik Abduh yang ditafsir sebagai lebih cenderung untuk mengukuhkan Muafakat Nasional berbanding PN dikatakan menyumbang kepada keadaan tersebut.

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan dia akan dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok.

Namun Nik Abduh kemudian menjelaskan, ketiadaannya dalam senarai calon PAS-PN bukanlah kerana digugurkan sebaliknya dia sendiri mahu berundur.

Kali ini PAS menamakan setiausaha politik presiden parti itu, Syahir Sulaiman sebagai calon PN untuk parlimen Bachok.

Pada PRU-14 lalu Nik Abduh memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon BN, Awang Adek Hussin, dan Mohd Zulkifli Zakaria (PKR) dengan majoriti 3,292 undi.

Sementara itu Ahmad Jazlan berkata, BN Kelantan berada dalam momentum yang baik untuk berdepan PRU ke-15 ini dan yakin mampu mencapai sasaran memenangi sembilan daripada 14 kerusi parlimen di negeri itu.

“Kami sedang mengenal pasti dua lagi kerusi parlimen yang dilihat mampu memihak kepada BN dan kerja keras sedang dilakukan,” katanya.

Pada 2018, BN hanya memenangi lima kerusi parlimen, manakala selebihnya dikuasai PAS.

-Malaysia Kini

Tags: BNBN KelantanJazlanNik AbduhPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCA, MIC, UMNO Johor Sokong Penuh Ismail Sabri Calon PM

Next Post

‘Rafizi Perlu Jelaskan Sumber Dana Invoke’

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
‘Rafizi Perlu Jelaskan Sumber Dana Invoke’

‘Rafizi Perlu Jelaskan Sumber Dana Invoke’

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd