• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Mangsa Banjir Meningkat Hampir 3,000 Orang

oleh Mohd Arshad
14/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bilangan Mangsa Banjir Meningkat Hampir 3,000 Orang
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,914 orang melibatkan enam negeri iaitu di Johor, Kelantan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor setakat jam 12 tengah hari pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 904 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 31 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, sehingga jam 3 petang pada Isnin bacaan di empat sungai berada pada paras bahaya.

“Ia melibatkan Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru: Long Jegan, Miri, Sarawak; Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

“Selain itu, terdapat enam sungai yang mempunyai bacaan air di tahap amaran antaranya Sungai Triang, Bera, Pahang; Long Teru, Miri, Sarawak; Marudi, Miri, Sarawak dan Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2.30 petang telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 15 hingga 21 November ini.

Ujarnya, berdasarkan analisis model cuaca, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah terutamanya pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan.

“MetMalaysia pada Isnin juga telah mengeluarkan ramalan cuaca bagi 19 November 2022, hari berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Untuk maklumat lanjut, ramalan ini boleh didapati di laman web MetMalaysia pada pautan https://www.met.gov.my/info/pru15/,” katanya.

SinarHarian-

Tags: JPSmangsa banjirPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd