Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Miliki 2 Pucuk Pistol...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kontraktor membawa dua pucuk pistol tiruan mainan di...

Tidak Guna Pencuci Muka...

PENGGUNAAN produk pencuci muka sudah menjadi rutin yang wajib dilakukan saban hari bagi menjaga...

KIMMA Anjur Gunting Rambut...

GEORGE TOWN - Semua ibu bapa mahu supaya anak mereka kelihatan segak pada...

FIFA Puskas: Kejayaan Faiz...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak...

Belanjawan Selangor 2023: Peruntukan RM65.6 Juta Teruskan Program Kesihatan Awam

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM65.6 juta bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai program berkaitan kesihatan awam untuk manfaat rakyat negeri ini, tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata antara program akan diteruskan itu ialah Iltizam Selangor Sihat (ISS) membabitkan peruntukan tahunan berjumlah RM45 juta yang memanfaatkan 100,000 pemegang polisi utama dan kira-kira 150,000 ahli keluarga berdaftar.

“Setiap pemegang polisi ISS layak mendapatkan rawatan asas serta vaksinasi berjumlah RM500 setahun bagi kategori keluarga dan RM250 setahun untuk kategori individu di mana-mana klinik panel seluruh negeri ini.

“Pemegang polisi ISS juga menerima manfaat perlindungan takaful, termasuk untuk kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan sebanyak RM5,000, penyakit kritikal (RM5,000), kematian semula jadi (RM5,000) dan khairat kematian (RM1,000).

“Bagi ahli keluarga berdaftar bawah ISS, tiga manfaat akan diberikan, iaitu untuk kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan sebanyak RM2,000, penyakit kritikal (RM2,000) dan khairat kematian (RM1,000),” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Menjelaskan lanjut, Amirudin berkata, program kesihatan lain yang juga akan diteruskan serta ditambah baik ialah Bantuan Sihat Selangor, Skim Rawatan Jantung Selangor, Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam, Selangor Saring, Selangor Kanser, Selangor Mental Sihat, Program Anak Selangor Anak Sihat, dan kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita percuma.


Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pemberian skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan akan diteruskan dengan peruntukan dana RM40 juta.

Katanya, had kelayakan inisiatif itu juga dinaikkan kepada pendapatan isi rumah bawah RM5,000 bermula 1 Oktober lalu, berbanding RM4,000 sebelum ini.

“Perubahan syarat itu mengambil kira kesan pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi yang perlahan serta lonjakan inflasi. Kelonggaran ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat kehilangan dan kekurangan punca pendapatan serta peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Semalam, Kerajaan Selangor membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion merangkumi peruntukan RM1.25 bilion (51 peratus) bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM1.2 bilion (49 peratus) bagi Perbelanjaan Pembangunan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori