• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

oleh Mohd Arshad
29/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nyata perkara itu turut memberi kesan kepada para peniaga kecil yang menjual makanan, khususnya telur merupakan antara bahan utama dalam masakan mereka.

Seorang peniaga kek, Nur Aishah Bahari, 35, berkata, kekurangan bekalan telur amat menjejaskan perniagaan sejak kebelakangan ini.

“Memang susah nak dapatkan telur, lebih-lebih lagi telur ayam gred A. Kadangkala dalam sehari saya terpaksa pergi ke beberapa kedai di taman berlainan masih belum dapat membelinya.

“Pada masa ini kebanyakan telur dalam pasaran adalah telur kampung dan tidak sesuai untuk buat kek. Ada juga jual telur omega tetapi harganya mahal, tidak sesuai untuk saya buat berniaga,” katanya sambil berharap kerajaan dapat memastikan bekalan mencukupi.

Perkara sama turut disuarakan seorang peniaga burger, Mohd. Azam Zulkarnain, 31 yang terpaksa mengurangkan pengambilan tempahan burger ‘special’ kerana kesukaran mendapatkan bekalan telur.

“Sebagai peniaga burger, saya memang banyak menggunakan telur. Kadangkala sehari sehingga dua papan telur digunakan. Tetapi apabila bekalan telur sukar diperoleh ini secara tidak langsung menjejas perniagaan saya.

“Disebabkan kekurangan bekalan telur, saya hanya boleh menjual burger biasa tanpa telur. Saya juga tidak boleh mendapatkan bekalan telur secara terus daripada pembekal seperti dahulu kerana alasan kurang bekalan,” katanya yang sudah menjadi peniaga burger selama lima tahun.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam pula memaklumkan, pihaknya masih berdepan dengan situasi kekurangan bekalan telur ayam hingga kini.

“Sebelum ini memang berlaku kekurangan bekalan, tetapi kita difahamkan ia akibat subsidi rendah yang mana pembekal tidak dapat ‘bertahan’ dengan harga kawalan yang ditetapkan kerana terlalu rendah.

“Tetapi hingga kini masalah kekurangan bekalan telur masih berterusan. Kita juga tidak menerima pertambahan jumlah penghantaran bekalan telur ayam.

“Isu ini perlu diselesaikan segera kerana jika berlarutan, mungkin ia akan terus berlaku sehingga bulan puasa dan raya nanti. Jika itu terjadi kita akan menghadapi kekurangan bekalan serius,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Bekalan TelurBerkurangjohor bahru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

19/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar,...

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd