• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Avengers’ Berkas Pengedar Dadah Guna Tukul ‘Thor’

oleh Mohd Arshad
03/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Avengers’ Berkas Pengedar Dadah Guna Tukul ‘Thor’
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA, PERU – Sepasukan anggota polis di Peru bertindak menumpaskan sindiket pengedar dadah selepas menyamar dengan memakai kostum adiwira pasukan Avengers semasa sambutan hari Halloween, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi operasi digelar Operasi Marvel, anggota-anggota polis memakai kostum tiga watak adiwira francais tersebut iaitu Spider Man, Captain America dan Thor selain turut disertai oleh seorang lagi anggota yang berpakaian Catwoman.

Keempat-empat anggota tersebut berpura-pura melakukan penggambaran video promosi bagi sebuah konsert Halloween akan datang.

Mereka meninjau di sekitar jalan di Lima sehingga tiba di rumah suspek.

Sejurus tiba, ‘Captain America’ menggunakan tukul milik ‘Thor’ untuk memecah pintu rumah tersebut, di mana mereka turut disertai oleh 10 anggota sokongan.

Polis dalam satu kenyataan pada Selasa lalu berkata, kumpulan penjenayah pada awalnya menyangka situasi rumah yang dipecah masuk itu merupakan gurauan Halloween.

Mereka bagaimanapun menyedari bahawa ia serbuan sebenar apabila ‘Spider Man’ mula beraksi dan menjatuhkan seorang suspek ke lantai.

Operasi tersebut membawa kepada penangkapan tiga lelaki dan seorang wanita selain rampasan 3,250 bungkusan kecil pes kokain, 287 beg berisi kokain dan 127 ganja.

Menurut laporan, 1 kilogram pes kokain dijual pada harga sekitar £330 (RM1,786) di Peru, manakala kokakin hidroklorida, yang merupakan bentuk paling tulen dadah tersebut dijual pada harga kira-kira £869 (RM4,705).

“Di bangunan ini, sebuah keluarga menjalankan perniagaan menjual dadah, termasuk si ibu, bapa dan anak-anak mereka.

“Mereka menjual dadah di sebuah taman berdekatan dan sekiranya tidak melakukan kegiatan tersebut, mereka akan keluar ke jalan-jalan dan mencuri telefon bimbit,” kata Kolonel Polis, David Villanueva.

-Kosmo Online

Tags: Avengerspengedar dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki Gara-Gara Perempuan

Next Post

Tular Video Tidak Puas Hati Pemilihan Calon

Related Posts

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

2 Pengedar Dadah Dicekup, 54kg Ganja Dirampas

18/07/2024
1

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu ditumpaskan selepas ditahan pihak berkuasa...

4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas

4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas

20/07/2023
0

JOHOR BAHRU – Tindakan licik sindiket pengedaran dadah membungkus pelbagai jenis dadah dalam pek jus minuman dan teh terbongkar selepas...

Next Post
Tular Video Tidak Puas Hati Pemilihan Calon

Tular Video Tidak Puas Hati Pemilihan Calon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd