• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Baharu Waris Kesultanan Sulu Langgar Peraturan

oleh AK-47
06/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tuntutan Baharu Waris Kesultanan Sulu Langgar Peraturan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Percubaan terkini pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Malaysia di Belanda disifatkan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan dan melanggar perundangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan tersebut bertentangan dan melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).

“Kerajaan melalui Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia telah membincangkan perkara ini dan mempunyai langkah-langkah strategik yang akan dilaksanakan.

“Namun, perkara tersebut tidak dapat saya dedahkan di sini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu – Beuford) ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, waris Kesultanan Sulu telah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (final award) di Mahkamah Belanda terhadap aset-aset Malaysia di sana, termasuk rangkaian aset milik Petronas.

Dalam pada itu Wan Junaidi menjelaskan, pasukan peguam penuntut dalam proses untuk menguatkuasakan final award oleh penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa di Belanda bagi menuntut melalui proses sitaan aset syarikat-syarikat Malaysia di negara itu.

Justeru katanya, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara sentiasa berusaha dan akan mencabar segala proses perundangan yang perlu dihadapi.

Sementara itu mengulas mengenai peranan rakyat Sabah untuk memahami isu sebenar serta mengutuk tindakan penuntut, Wan Junaidi menegaskan, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan negara adalah peranan bersama.

“Dalam erti kata lain, rakyat Sabah juga berperanan untuk menapis dan menghalang penyebaran berita tidak tepat mengenai isu tuntutan oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu serta memastikan fokus diberikan terhadap maklumat sah daripada sumber kerajaan.

“Kerajaan mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat umum untuk sentiasa mempertahankan kepentingan negara walaupun melalui media sosial,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: Langgar PeraturanTuntutan BaharuWaris Kesultanan Sulu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Malaysia Kategori Dayus

Pembangkang Malaysia Kategori Dayus

20/07/2022
0

Kekecohan berhubung penolakan usul tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah di Parlimen amat memalukan. Ikuti Mynewshub: Telegram Memalukan kerana pembangkang...

DUN Sabah Tolak Usul Bahas Ancaman Waris Kesultanan Sulu

DUN Sabah Tolak Usul Bahas Ancaman Waris Kesultanan Sulu

18/07/2022
0

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd