• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Kematian Datin Ditahan

oleh AK-47
10/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suspek Kes Kematian Datin Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes kematian wanita bergelar Datin dekat Taman Paroi Jaya, di sini, bulan lalu, ditahan polis tengah hari kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok di tepi jalan dekat Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, Port Dickson, kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya turut merampas barang kes iaitu barang kemas milik mangsa daripada suspek.

“Polis berjaya menangkap seorang lelaki berumur 45 tahun yang disyaki terbabit di dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Barang kemas milik si mati dirampas daripada lelaki berkenaan.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dimohon di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga 14 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, dengan tertangkapnya lelaki itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat yang diberikan orang ramai sehingga tertangkapnya suspek.

Media pada 24 September melaporkan seorang wanita berusia 70-an ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Paroi Jaya.

Siasatan awal menemui kesan kecederaan pada badan mangsa malah beberapa barangan peribadinya juga hilang.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki yang juga suspek utama dipercayai menghilangkan diri dan gagal dihubungi sebelum polis menggerakkan usaha mengesan individu terbabit.

-Harian Metro

Tags: Kes Kematian DatinSuspekTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd