• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saarani Menghadap Sultan Perak Di Istana Kinta

oleh Mohd Arshad
12/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saarani Menghadap Sultan Perak Di Istana Kinta
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saarani tiba di Istana Kinta pada pukul 2.08 petang dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Volvo.

Kehadiran Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu bagi memohon perkenan Sultan Nazrin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Terdahulu, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim turut tiba di Istana Kinta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin lalu mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa serta-merta selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menerusi pengumuman khas itu, Ismail Sabri turut mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan DUN masing-masing pada tarikh yang sama dengan pilihan raya umum peringkat Parlimen.

Perdana Menteri berkata, ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban selain kelancaran proses demokrasi dan menjimatkan kos.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN sehingga hujung tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Selangor, semalam.

-Utusan Online

Tags: SaaraniSultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MP Klang Saman PM, Mohon Halang SPR Adakan PRU15

Next Post

‘Saya Tak Boleh Bagi Hint’, Tunggu Esok’ – Samsuri

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

01/12/2022
0

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya...

Next Post
‘Saya Tak Boleh Bagi Hint’, Tunggu Esok’ – Samsuri

'Saya Tak Boleh Bagi Hint', Tunggu Esok' - Samsuri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd