• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reka Bentuk Kapal Tempur LCS Hampir 100 Peratus Siap

oleh Mohd Arshad
03/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Reka Bentuk Kapal Tempur LCS Hampir 100 Peratus Siap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Reka bentuk terperinci pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) hampir siap 100 peratus, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setakat ini jelasnya, hanya berbaki enam peratus yang belum disiapkan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) selaku syarikat pembuat adalah membabitkan reka bentuk terperinci yang tidak kritikal iaitu zon kapal permukaan atas air.

“Bagi zon kritikal, reka bentuk terperinci telah siap antara 98 hingga 100 peratus, hampir siap. Ia adalah zon kapal di bawah permukaan air,” katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Fadhli meminta kementerian menjelaskan sama ada pembinaan LCS menjadi lewat berbanding sasaran kerajaan iaitu dalam tempoh dua tahun ini berikutan masalah yang berlaku.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada semalam berkata, fasa mobilisasi projek LCS untuk tentera laut selama enam bulan bermula Jun lalu menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

Beliau berkata, banyak perkara telah dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan pertama fasa tersebut terutama dari sudut komersial dan antara kerajaan dengan kerajaan.

-Utusan Online

Tags: Kapal Tempur LCSReka Bentuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Boleh Hadir Parlimen Jika Penjara Benarkan – Speaker

Next Post

Harga Minyak Masak 5KG Turun Kepada RM31.50 Mulai Sabtu Ini

Related Posts

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

08/08/2022
0

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Kanan Pertahanan Datuk...

Next Post
Harga Minyak Masak 5KG Turun Kepada RM31.50 Mulai Sabtu Ini

Harga Minyak Masak 5KG Turun Kepada RM31.50 Mulai Sabtu Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd