Sample Page Title

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kementeriannya diberi masa enam bulan bagi memobilisasikan usaha menghidupkan semula projek itu, dan beliau percaya kapal pertama akan diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam masa dua tahun lagi.

“Kita akan lihat bagaimana kita boleh memastikan kapal yang dijanjikan sampai kepada TLDM dan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat pembinaan kapal tersebut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang memintanya Kementerian Pertahanan menjelaskan mengenai langkah yang diambil dalam menyelesaikan isu perolehan kapal tersebut serta soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu mengenai jangka masa yang akan diambil.


Menurut Hishammuddin, kerajaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan berhubung ketirisan projek LCS itu.

“Kerjasama kita kepada PAC adalah ‘total’ (sepenuhnya). Kita telah pun berdepan dengan PAC lebih daripada 15 kali,

“Siapa yang salah, tetap salah. Sekiranya ada penyelewengan atau salah guna kuasa, siasatan sedang berjalan dan tindakan kepada mereka yang terlibat akan diambil,” katanya.

Khamis lepas, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...