• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratusan Ribu Pekerja Penjagaan Kesihatan UK Mengundi Untuk Mogok

oleh Mohd Arshad
27/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ratusan Ribu Pekerja Penjagaan Kesihatan UK Mengundi Untuk Mogok
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON: Kesatuan sekerja terbesar Britain memaklumkan 350,000 pekerjanya di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) kendalian kerajaan memilih untuk mogok berkaitan gaji menjelang musim sejuk ini, mencetuskan cabaran kepada Perdana Menteri baharu, Rishi Sunak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laman webnya, Unison, yang mewakili lebih 1.3 juta pekerja NHS, isu paling mendesak untuk Sunak dan Setiausaha Kesihatannya, Steve Barclay adalah mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang menjejaskan perkhidmatan kesihatan.

“NHS kehilangan kakitangan berpengalaman pada kadar membimbangkan. Pekerja kesihatan akan terus bekerja jika menerima bayaran lebih baik serta tidak membebankan mereka dan keluarganya.

“Jika ini berterusan, perkhidmatan kesihatan tidak akan dapat mengatasi masalah yang tertangguh dan merawat jutaan orang yang sedang menunggu,” kata Setiausaha Agung Unison, Christina McAnea dalam satu kenyataan.

Ketidakpuasan hati dalam kalangan tenaga buruh semakin meningkat selepas kadar gaji gagal mengimbangi kenaikan harga barang keperluan daripada makanan kepada bahan api, mendorong pekerja dari pelbagai sektor mula keluar melakukan protes.

Bilangan pesakit yang menunggu untuk memulakan rawatan juga meningkat kepada 6.8 juta pada penghujung Julai lalu.

Tekanan pada perkhidmatan kesihatan adalah satu daripada masalah mendesak yang diwarisi Sunak, di mana dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri pada Selasa, beliau menjanjikan NHS yang lebih baik.

Jabatan kesihatan kerajaan tidak memberi sebarang ulasan balas mengenai tindakan mogok itu.

Unison, yang mewakili pekerja dari lebih 250 pemegang amanah dan ahli lembaga kesihatan di seluruh England, Wales dan Ireland Utara, menyatakan bahawa mogok itu tidak dapat dielakkan.

“Kerajaan mesti mula menangani krisis tenaga kerja yang semakin meningkat dengan kenaikan gaji untuk mengurangkan kesan inflasi dan membawa NHS kembali ke jalan pemulihan,” kata kesatuan itu.

BHonline-

Tags: MogokPekerja Penjagaan Kesihatanuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

854 Anggota MALBATT Ke Lebanon

Next Post

Sunak Pilih Pangsapuri Kecil Atas Pejabatnya Di Downing Street

Related Posts

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

Oliver Dowden Dinamakan TPM Baharu UK

Oliver Dowden Dinamakan TPM Baharu UK

22/04/2023
0

LONDON : Kerajaan Britain menamakan Oliver Dowden sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu negara itu. Ikuti Mynewshub: Telegram Dowden menggantikan Dominic Raab...

Next Post
Sunak Pilih Pangsapuri Kecil Atas Pejabatnya Di Downing Street

Sunak Pilih Pangsapuri Kecil Atas Pejabatnya Di Downing Street

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd