• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Ejen TNB, Dua Lelaki Didenda

oleh AK-47
04/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rasuah Ejen TNB, Dua Lelaki Didenda
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Dua lelaki masing-masing didenda RM45,000 dan RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan bernilai RM35,000 kepada ejen Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai ganjaran untuk tidak mengambil tindakan membabitkan kegiatan Bitcoin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Elesabet Paya Wan, menjatuhkan hukuman itu terhadap Tey Boon Sin, 33, dan Leang Tin Sheng, 43, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Boon Sin didakwa memberi suapan iaitu wang tunai sebanyak RM32,000 kepada ejen TNB sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana kerana melakukan kesalahan menggunakan elektrik dengan curang mengikut Seksyen 37(1) dan 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Melaka Tengah pada 3.45 petang, 6 Oktober 2021 dan 6 petang, 19 November tahun sama.

Ting Sheng pula didakwa melakukan perbuatan sama dengan memberikan wang tunai sebanyak RM3,000 dalam kejadian di Medan Samudera, Jalan Merdeka, Melaka Tengah dan A Famosa, Freeport, Alor Gajah pada 20 September dan 4 Oktober 2021.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak sampai 10 tahun, diseksa dengan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh, Boon Sin, yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork merayu agar hukuman ringan berbentuk denda dikenakan dengan alasan anak guamnya itu tidak mempunyai pekerjaan tetap selain perlu menanggung isteri serta anak,

Tin Sheng pula yang diwakili peguam Azri Abd Hamid.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwanshah Abdul Samat memohon agar hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira rasuah adalah kesalahan serius dan faktor kepentingan awam.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudiannya memerintah Tin Sheng didenda RM10,000 atau lima bulan penjara jika gagal bayar denda, manakala Boon Sin didenda RM45,000 atau 11 bulan penjara.

-Harian Metro

Tags: dendarasuahTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd