• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

oleh Mohd Arshad
01/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru kerajaan menubuhkan pusat latihan khusus berkaitan penjagaan pesakit demensia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seri Paduka bertitah, ini kerana penyakit yang dihidapi golongan warga emas itu memerlukan penjagaan yang rapi, justeru, latihan khusus kepada penjaga pesakit demensia wajar dilaksanakan.

“Saya menyeru kerajaan supaya membuat sesuatu mengenai demensia…mungkin boleh pergi (lawat) pusat sedemikian seperti di Sweden dan kemudian menubuhkannya di negara ini,” titah Seri Paduka.

Tunku Azizah bertitah demikian ketika berkenan berangkat mencemar duli dalam majlis perasmian Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka turut menasihati orang ramai terutamanya golongan warga emas untuk mengaktifkan diri melalui pelbagai aktiviti bermanfaat seperti menyertai program sukarelawan dalam usaha mengelak daripada menghidap demensia.

“Ingin saya kongsikan, saya ada mak saudara di Johor berusia 90 tahun…baru-baru ini saya pulang ke Johor, mohon untuk menghadap tetapi mak cik saya cakap boleh datang tengah hari kerana pagi ada mesyuarat yang hendak dipengerusikan.

“Terbukti, usia tidak membataskannya untuk berkecimpung dalam persatuan-persatuan sukarelawan dan itu yang membuatkan mak cik saya tiada demensia kerana sentiasa aktif,” titah Tunku Azizah.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalannya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Bernama-

Tags: Pusat Latihan DemensiaRaja Permaisuri Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd