Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Google Maps Ada Ciri...

LOS ANGELES - Bimbang terlepas destinasi sepatutnya? Jangan bimbang kerana Google Maps memperkenalkan...

Motosikal Ciptaan UNIMAP Bakal...

KANGAR - Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan melihat jenama Seri Perlis (SP)...

Pemaju Melaka Gateway Tuntut...

KUALA LUMPUR - Pemaju pelabuhan laut dalam Melaka Gateway, KAJ Development Bhd. mencabar...

40 Peratus Sisa Buangan...

MELAKA - Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari...

PRU-15 Persiapkan Malaysia Hadapi Kemelesetan Ekonomi Global

Kajian Bloomberg Markets Live sehingga 1 April lalu turut meramalkan dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pakar ekonomi dunia, Jan Hatzius melihat kemungkinan Amerika Syarikat akan mengalami kemelesetan sebesar 35% pada tahun depan.

The Wells Fargo Investment Institute pula meramalkan kemelesatan global akan bermula seawal penghujung tahun ini sehingga ke tahun 2023.

Mantan Ketua Bank Pusat AS (The Fed), Ben Bernanke pula memperingatkan kemungkinan terjadinya situasi lebih teruk iaitu stagflasi.

Pesiden Indonesia, Jokowi beberapa kali berkata mengenai kemelesetan ekonomi global pada tahun depan dan menyatakan negaranya perlu bersiap sedia.

Memang benar. Kerajaan negara lain dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemelesatan ekonomi dunia yang diramalkan akan berlaku.

Bagi Malaysia lain pula kisahnya. Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi (MPN) sedang sibuk melakukan serangan politik terhadap Perdana Menterinya.

Para menteri menggunakan portfolio yang disandang untuk kepentingan parti politik masing-masing sekali gus memperlihatkan ketidakstabilan dalam kerajaan.

Jika ketidakstabilan ini berterusan apakah kerajaan Malaysia mampu bergerak sebagai sebuah pasukan untuk berdepan kemelesetan ekonomi?

Ramalan The Wells Fargo Investment Institute kemelesatan dunia akan bermula penghujung tahun ini menunjukkan Malaysia semakin kekurangan masa.


Sekiranya tiada perubahan terhadap senario semasa sebelum Disember 2022, Malaysia dalam risiko besar untuk berdepan dengan implikasi sangat teruk apabila kemelesetan bermula.

Sebab itu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) amat mustahak diadakan sekarang supaya sebuah kerajaan yang kukuh dapat dibentuk pada November ini.

Sebenarnya Malaysia sudah pun ketinggalan jauh berbanding negara lain yang telah mengadakan PRU lebih awal.

Singapura misalnya mengadakan PRU pada tahun 2020 dan negara itu kini berada dalam kedudukan meyakinkan untuk berdepan ancaman “recession”.

Singapura tidak menjadikan Covid-19 alasan tidak boleh PRU dan terbukti PRU tidak memberi impak kesihatan yang teruk dengan SOP yang sewajarnya.

Mungkin benar banjir boleh berlaku di musim tengkujuh, tetapi ia bukan alasan PRU-15 tidak boleh diadakan.

Pentadbiran kerajaan masih berjalan seperti biasa dan segala bantuan dan pertolongan akan tetap bergerak
walaupun negara dalam `mood’ PRU.

Jauh lebih penting adalah selepas itu sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh sudah terbentuk sekali gus memastikan usaha pemulihan berjalan dengan lancar.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori