• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Pelepasan 5 Hari Untuk Penuntut IPT

oleh AK-47
22/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Pelepasan 5 Hari Untuk Penuntut IPT
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memberi pelepasan selama lima hari kepada semua pelajarnya untuk pulang mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Husaini Omar berkata, pelepasan itu diberikan kepada penuntut bermula 17 hingga 21 November ini.

“Berlandaskan kepada semangat serta penguatkuasaan Undi18, pihak KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

“Tarikh pelepasan adalah dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke atau dari lokasi mengundi.

“Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh berkenaan hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain,” katanya dalam surat edaran bertarikh 21 Oktober lalu.

Sementara itu, Prof Husaini ketika dihubungi mengesahkan edaran surat berkenaan dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 15 November.

Berkuat kuasa 15 Disember lalu, Undi18 sudah diwartakan dan individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, 1.14 juta pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU-15.

-Harian Metro

Tags: PelepasanPenuntut IPTPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ubat Sirap Dari Indonesia Punca Masalah Gangguan Ginjal Kanak-Kanak

Next Post

PRU15: Tok Pa, Ikmal Bertanding Guna Simbol PAS

Related Posts

AI Bolehkan Penuntut IPT Terima Akses Maklumat Diselaras

AI Bolehkan Penuntut IPT Terima Akses Maklumat Diselaras

10/05/2024
2

Kuala Lumpur : Penuntut institusi pengajian tinggi bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan...

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

Next Post
PRU15: Tok Pa, Ikmal Bertanding Guna Simbol PAS

PRU15: Tok Pa, Ikmal Bertanding Guna Simbol PAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd