• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Menghadap Agong Petang Ini Jadi Tumpuan

oleh Mohd Arshad
06/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PM Menghadap Agong Petang Ini Jadi Tumpuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, jam 4 petang hari ini menjadi tumpuan seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Khabar angin bertiup kencang Ismail Sabri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini memutuskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini juga.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembahkan Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen esok, tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

Teka-teki pembubaran itu mungkin terjawab petang ini.

Sebelum ini, sumber berkata, pembubaran Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2023 bagi membolehkan PRU15 lebih awal bagi mengelak ia diadakan ketika musim tengkujuh dan banjir yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Menurut sumber itu, jika diperkenankan, Bajet 2023 tidak akan dibentangkan Jumaat ini seperti dijadualkan dalam takwim Dewan Rakyat.

Katanya, langkah PRU15 diadakan seawal mungkin kerana Perdana Menteri dan UMNO menerima tekanan daripada hampir semua parti bukan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan dan pembangkang supaya pilihan raya tidak diadakan tahun ini atas alasan banjir yang akan membebankan rakyat serta risiko keselamatan.

Malah, satu sumber lagi menyatakan PRU15 mungkin diadakan pada akhir bulan ini atau awal November. Difahamkan, Top 5 UMNO sudah menetapkan tarikh untuk PRU15 dan hanya menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Sementara itu, seorang Ketua Bahagian UMNO yang menghadiri taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) petang kelmarin, mengesahkan Ismail Sabri akan menghadap Al-Sultan Abdullah petang Khamis ini turut akan memohon perkenan baginda membubarkan Parlimen.

Katanya, pada sesi taklimat itu, semua 191 ketua bahagian dimaklumkan PRU15 akan diadakan selewat-lewatnya minggu pertama November. Susulan itu, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadual 23 hingga 26 November ini ditangguhkan hingga ke tarikh ditentukan kemudian.

Pada sesi taklimat petang itu, UMNO masih mengekalkan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri jika parti itu menang.

Desas-desus mengenai pembubaran Parlimen itu diperkuatkan dengan kenyataan Ahmad Zahid yang antara lain meminta PAS memutuskan secepat mungkin sama ada mahu bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU15.

“Seawal mungkin, jika tidak kami (BN) akan bergerak solo,” katanya selepas perjumpaan khas itu.

Pada sidang media sama, Ahmad Zahid mahu semua perhubungan negeri mengemukakan nama calon kepada lima kepimpinan tertinggi atau ‘Top 5’ bagi penentuan calon UMNO yang memenuhi kriteria ‘WALI’ bermula Isnin depan.

Tiga kriteria calon ditetapkan iaitu boleh menang (winnable), boleh diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pengundi.

Usaha untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen dipercayai ada kaitan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang menjadi sebahagian kerajaan sekarang yang tidak mahu PRU15 tahun ini.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tegas dengan pendirian supaya PRU15 tidak diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan berasingan turut menyatakan pandangan sama bahawa pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tindakan itu tidak perlu disegerakan kerajaan ketika ini.

Katanya, pandangan itu selepas mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

Menurut laporan media, beberapa pemimpin PH termasuk Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang turut meramalkan Parlimen akan dibubarkan sebelum pembentangan Bajet 2023.

-Berita Harian

Tags: AgongpmPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd