• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertembungan Maruah JDT, Kedah Dijangka Panas

oleh Mohd Arshad
11/10/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Pertembungan Maruah JDT, Kedah Dijangka Panas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini, sekali lagi bakal menampilkan pertembungan maruah buat dua pasukan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-duanya bertemu di Stadium Darul Aman, Selasa lalu dengan skuad Harimau Selatan mencalar maruah Sang Kenari di hadapan penyokong sendiri apabila meraih kemenangan 3-1 walaupun beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua.

Pertembungan itu bukan sahaja ‘panas’ di atas padang, malah turut dihangatkan lagi dengan perang mulut antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Melihat kepada perang itu yang belum menemui titik damai, aksi malam ini bakal menjadi perlawanan tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air, bukan sahaja bagi penyokong JDT dan Kedah.

Atas kertas, segala-galanya memihak JDT dengan kali terakhir Sang Kenari berjaya mengalahkan skuad Harimau Selatan pada 31 Ogos 2018 dalam saingan Piala Malaysia dan selepas itu Kedah tidak menang dalam sembilan pertemuan terakhir.

Malah, berdasarkan rekod cemerlang JDT sepanjang musim ini, anak buah Aidil Sharin Sahak dianggap berdepan tugas sukar untuk mengatasi lawannya itu apatah lagi Kedah ketika ini bergelut dengan masalah prestasi apabila tewas dalam tiga perlawanan terakhir di Liga Super.

Berdasarkan situasi ‘panas’ di luar padang antara Tunku Ismail dan Sanusi, JDT mungkin mahu ‘makan besar’ berdepan Kedah sebagai hadiah buat pemiliknya selain memastikan maruah Harimau Selatan selaku juara bertahan sembilan kali berturut-turut berada di tahap tertinggi.

Selain pertembungan JDT dan Kedah, tiga aksi membabitkan Sabah, Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan juga bakal menjadi tumpuan kerana tiga pasukan itu sedang bersaing sengit merebut dua tiket ke Piala AFC musim depan.

Negeri Sembilan yang menewaskan Kedah 4-3, Sabtu lalu dijangka tidak berdepan masalah untuk meneruskan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan Melaka United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Hanya Sabah dan TFC dilihat menghadapi tugas berat apabila masing-masing akan bertandang ke gelanggang lawan ketika mereka wajib mendapat tiga mata berharga.

Sabah akan berdepan pasukan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, manakala TFC pula bakal berkunjung ke gelanggang keramat finalis Piala AFC, Kuala Lumpur (KL) City FC.

Pasukan tangga kedua Liga Super, Sabah yang hanya dibezakan satu mata dari TFC dan Negeri Sembilan berisiko jatuh ke tangga keempat jika mereka tewas di tangan skuad Tok Gajah.

Begitu juga situasi yang dihadapai naib juara Piala FA, TFC yang memerlukan kemenangan bagi mengelak kedudukan di tangga ketiga kembali dirampas Negeri Sembilan selepas kedua-duanya berkongsi 38 mata ketika ini.

-Berita Harian

Tags: JDTKDA FCPertembungan Maruah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd