• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR Ditahan Polis

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemimpin PKR Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PKR Cabang Batu di sini, ditahan polis bagi membantu siasatan enggan memberi kerjasama dengan membuat provokasi mempersoalkan kuasa pasukan keselamatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima makluman berhubung tindakannya memberi pengucapan awam pada jam 5.45 petang semalam.

“Individu itu menggunakan pembesar suara di atas jalan dan didapati menghalang lalu lintas di Jalan 45/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2.

“Anggota yang ke lokasi mendapati lelaki terbabit memegang kayu yang diikat bersama bendera parti politik serta memegang pembesar suara. Dia sedang berkempen berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis meminta individu terbabit untuk mengemukakan pengenalan diri, namun dia enggan memberikan kerjasama selain membuat provokasi mempersoalkan kuasa polis.

“Selepas menerangkan hak-hak untuk menahan dan memeriksa, dia dinasihati untuk beredar namun enggan, malah sekali lagi melakukan provokasi dengan mempertikaikan hak pengadu sebagai anggota polis. Susulan itu, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Eng Lai berkata, semakan rekod mendapati lelaki terbabit memiliki satu rekod jenayah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana membuat halangan di jalan awam.

-Berita Harian

Tags: Pemimpin PKRPKRpolisTahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd