Sample Page Title

Kuala Lumpur : Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella akan ditentukan pada 24 November ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia selepas pihak pendakwaan perbicaraan kes Siti Bainun, 30, mengumumkan penutupan kes hari ini selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah, pihaknya menutup kes terbabit selepas saksi ke- 22 iaitu juruteknik sebuah syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan petang ini.

“Dengan berakhirnya keterangan saksi ke-22 hari ini, pihak pendakwaan menutup kes,” katanya dalam prosiding hari ini.

Beliau turut memaklumkan pihaknya, menawarkan 15 saksi kepada pihak pembelaan antaranya beberapa bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun.

Dalam pada itu, Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan pihak terbabit memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 November ini.


“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak,” katanya.

Perbicaraan kes itu bermula sejak 30 Mac lalu dengan saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan antaranya ialah mangsa sendiri iaitu Bella, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur serta bekas penghuni Rumah Bonda merangkap saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Siti Bainun berdepan dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan terbabit di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...