• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokar Di 626 Sekolah Atasi Beg Berat Sedia Akhir Bulan Ini

oleh Mohd Arshad
05/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lokar Di 626 Sekolah Atasi Beg Berat Sedia Akhir Bulan Ini
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK : Kementerian Pendidikan (KPM) akan membekalkan lokar kepada 626 sekolah dua sesi bagi fasa pertama dengan kerja pemasangan dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kemudahan itu bakal memanfaatkan 249,646 murid sekolah rendah sebagai antara tujuh inisiatif KPM bagi menangani isu beg berat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata bagi fasa pertama, lokar berkenaan akan dibekalkan kepada murid tahap satu iaitu Tahun Satu dan Tahun Dua dengan fasa kedua dijadualkan tahun depan.

“Inisiatif untuk kurangkan masalah beg berat (dalam kalangan murid) sudah diumumkan pada 6 Mac 2022 dan Alhamdulillah hari ini, ia berjaya dilancarkan. Ia antara inisiatif paling besar dan tak pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Program ini membabitkan kos RM37.3 juta untuk fasa pertama membabitkan murid Tahun Satu dan Tahun Dua dengan fasa kedua akan diteruskan pada 2023 membabitkan murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Inisiatif Menangani Beg Berat: Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir,Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.

Mengulas lanjut mengenai kerja pemasangan yang sedang giat dijalankan, Radzi berkata, bagi sekolah di daerah Gombak, misalnya, 38 sekolah telah menerima lokar berkenaan.

Diminta mengulas mengenai pemantauan dijalankan KPM bagi memastikan kemudahan lokar berkenaan bakal dimanfaatkan sebaiknya, Radzi berkata, Jemaah Nazir akan sentiasa turun padang bagi tujuan melihat sendiri pematuhan di semua sekolah terbabit.

“Kita minta Jemaah Nazir turun ke bawah bagi memantau bagi aspek pematuhan kepada tujuan inisiatif ini.

“Selain pemantauan, kita juga perlukan kerjasama baik (dari semua pihak) termasuk murid, ibu bapa dan guru supaya budaya ini dapat dibina dan masing-masing memahaminya sekali gus beg dibawa murid tidak seberat seperti sebelumnya,” katanya.

Pada masa sama, Radzi berkata, kemudahan lokar berkenaan diharap dapat disambut antaranya melalui penerapan pengajaran dan pembelajaran yang sedikit berbeza.

Jelasnya, sebagai contoh, sekiranya proses pengajaran berasaskan tema diaplikasikan, ini sedikit sebanyak mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan buku teks.

“Buku teks boleh diletakkan di lokar dan digunakan pada bila-bila masa (diperlukan).

“Apa yang penting dan perlu ditekankan, jangan bawa balik sama seperti sebelum ini, kerana kemudahan sudah ada,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Radzi turut memaklumkan inisiatif lain seperti penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) turut telah dimulakan.

“(Bagi) pemakaian murid ke sekolah agama di sebelah petang, JAKIM bersetuju membenarkan murid memakai seragam sekolah mereka. Maka tak perlu bawa persalinan ke sekolah agama bagi bagi sesi petang.”

Ini telah dipersetujui, maka ada kelonggaran diberikan kepada anak kita. Saya berterima kasih kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri yang mendukung usaha ini, dan ia telah (mula) dilaksanakan,” katanya.

Mac lalu, Radzi menyenaraikan tujuh inisiatif meringankan beg sekolah iaitu penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu sehingga empat mata pelajaran sehari dan buku latihan tidak lebih dua buah serta buku teks digital.

KPM turut menggalakkan penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertema atau modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (Virtual Lab) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan KAFA.

-Berita Harian

Tags: Isu Beg BeratLokarSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Air Pasang Besar Diramal Landa Kuala Kedah, Kuala Muda Minggu Depan

Next Post

GEG: RUU Tidak ‘Menjenayahkan Kanak-Kanak’ – Khairy

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post
GEG: RUU Tidak ‘Menjenayahkan Kanak-Kanak’ – Khairy

GEG: RUU Tidak ‘Menjenayahkan Kanak-Kanak’ - Khairy

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd