• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Dua Juta Umat Islam Tunai Umrah Sejak Bulan Julai

oleh Mohd Arshad
21/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih Dua Juta Umat Islam Tunai Umrah Sejak Bulan Julai
Share on FacebookShare on Twitter

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi mendedahkan telah mengeluarkan lebih dua juta visa buat jemaah dari 176 negara untuk menunaikan ibadah umrah sejak musimnya bermula pada 1 Muharam, 30 Julai lalu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Haji, Umrah dan Lawatan, Hani Al-Omairi, berkata bahawa kira-kira 150 syarikat perkhidmatan umrah dan pertubuhan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para jemaah.

Kerajaan Arab Saudi sangat menekankan agar tetamu rumah Allah itu dapat menjalani ibadah dengan mudah dan selesa dari masa ketibaan mereka sehingga berlepas pulang ke negara masing-masing.

Menurut Hani, Indonesia yang merupakan negara dengan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia mendahului senarai penghantaran jemaah umrah tertinggi setakat ini.

Kedudukan itu diikuti oleh Iraq, Turki, Pakistan, Malaysia, India, dan Azerbaijan.

Beliau berkata musim umrah yang akan datang bakal menyaksikan lebih banyak peningkatan kemasukan jemaah umrah dari pelbagai negara di dunia.

Sementara itu, Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci mengumumkan bahawa jumlah jemaah umrah dalam dan luar negara serta jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram mencecah lebih 30 juta pada suku pertama tahun ini.

Jumlah mereka yang mengunjungi dan bersolat di Masjid Nabawi dalam tempoh tersebut dianggarkan melebihi 40 juta.

Pihak presidensi menyatakan bahawa ia telah membuat pengaturan yang terperinci dan memanfaatkan teknologi baharu yang canggih.

Antara kemudahan teknologi yang diguna pakai adalah perkhidmatan robotik dan kecerdasan buatan yang membolehkan jemaah haji dan umrah melakukan ritual mereka dalam suasana penuh kerohanian.

-Kosmo Online

Tags: umat Islamumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd