• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanjutkan Kuat Kuasa Akta 829, Beri Moratorium Khas: FMBA

oleh AK-47
21/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lanjutkan Kuat Kuasa Akta 829, Beri Moratorium Khas: FMBA
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan digesa melanjutkan penguatkuasaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Akta 829) serta memperkenalkan moratorium khas bagi memberi ruang kepada perniagaan untuk mengukuhkan kembali aliran kewangan yang masih tidak dapat pulih akibat daripada keadaan ekonomi semasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, berhentinya kuat kuasa Akta 829 pada 22 Oktober depan akan menyebabkan perniagaan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 tidak mendapat perlindungan khas terhadap pemiutang mereka.

“Akta itu hampir ditarik balik tahun lepas. (Ia) menyaksikan institusi-institusi perbankan atau kewangan mula menekan perniagaan untuk mendapatkan kembali amaun pinjaman hutang tanpa mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, perkara berkenaan telah menjejaskan skor kedudukan kewangan perniagaan itu sehingga ada yang tersenarai dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Jelasnya, untuk menyelesaikan hutang, ia akan mengambil masa serta tidak boleh terlibat dalam apa-apa perniagaan.

“Ia juga akan menjejaskan ekonomi apabila perniagaan yang boleh pulih dan kembali berdaya saing terpaksa ditutup,” katanya.

Tegasnya, dengan adanya Akta 829, institusi-institusi perbankan atau kewangan tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya untuk mengisytiharkan muflis ke atas perniagaan itu, malah pembayaran juga boleh ditangguhkan.

“Kami menyeru kepada semua pihak untuk mengambil maklum terhadap kesan serius jika Akta 829 gagal dilanjutkan,” katanya.

Menurutnya, pengusaha perniagaan khususnya dan rakyat amnya memerlukan sokongan, bukannya tekanan dalam bersama-sama memacu perniagaan serta ekonomi ke arah pemulihan selari dengan usaha kerajaan.

“Kegagalan dalam mengambil tindakan segera akan menyebabkan perniagaan serta rakyat jelata akan terkesan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Akta 829FMBAMoratorium Khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd