• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

oleh Mohd Arshad
14/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata logo baharu itu terdiri peluasan kategori logo kepada Produk Malaysia, Buatan Malaysia dan Rekaan Malaysia.

Katanya, tujuan tiga logo baharu barangan Malaysia itu diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada lebih banyak syarikat untuk memohon dan mendapat pengiktirafan penandaan Logo Barangan Malaysia.

“Tiada bayaran dikenakan terhadap mana-mana pengusaha produk tempatan yang memohon untuk menggunakan tiga logo terbabit dan penggunaannya adalah secara sukarela,

“Pihak kementerian menguatkuasakan penandaan tiga logo barangan Malaysia yang baharu ini bermula 1 November ini pada yang berminat.

“Tiga logo barangan Malaysia ini memberi nilai tambah dan jaminan kualiti terhadap produk keluaran tempatan kerana penggunaannya perlu melalui prosedur permohonan dan tidak diberikan sewenang-wenangnya.

“Logo Buatan Malaysia sebelum ini sememangnya sudah popular dan diterima baik dalam kalangan pengguna, malah ia turut mendapat maklum balas positif negara serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sempena Karnival Beli Barangan Malaysia 2022 di pekarangan Angsana Mall Johor Bahru, di sini, hari ini.

Mengenai KBBM yang diadakan di Johor Bahru bermula hari ini sehingga Ahad, Nanta Linggi berkata, ia diadakan bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan Keluarga Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia.

Selain itu, katanya, penganjuran kempen berkenaan turut merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan.

“KBBM di Johor Bahru ini membabitkan 127 pempamer yang juga pengusaha barangan buatan tempatan termasuk 50 dari Johor.

“Ia membabitkan peniaga makanan, pakaian terutama batik, kraftangan dan perabot.

“Kita harap KBBM dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kualiti produk serta perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di

peringkat antarabangsa, selain membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka,” katanya.

BHonline-

Tags: barangan buatan MalaysiaKPDNHEPlogo baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

01/10/2022
0

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bekalan Telur bagi berbincang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd