Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Acu Pistol, Konsert...

PENYANYI Chris Brown dilarang memasuki Tokyo susulan rekod dakwaan jenayah yang dilakukan olehnya,...

Bekas Gabenor Akui BNM...

PUTRAJAYA - Setelah sekian lama tidak bersuara, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),...

Op Larangan Merokok: 172...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan 172 notis kesalahan merokok dengan kompaun...

“Bukan Tidak Lagi Minat...

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari akui dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon walaupun...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bekalan Telur bagi berbincang mengenai isu kekurangan barangan keperluan itu pada Isnin depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.

Menurutnya, pegawai KPDNHEP akan memantau situasi berkenaan dan berharap perkara itu tidak serius.

“Semalam saya dapat panggilan daripada seorang pengusaha telur ayam dalam negara. Mereka mengaku oleh kerana kenaikan mata wang Amerika Syarikat menjadikan mereka tak mampu lagi untuk mengeluarkan telur. Jadi mereka memohon supaya kerajaan menambah lagi subsidi. Hari ini kita bagi subsidi 3 sen sebiji tetapi mereka nak 7 sen sebiji.

“Jika tidak, masalah bekalan ini dikhuatiri akan mendatangkan masalah berterusan. Saya akan bawa isu ini untuk dibincangkan pada Isnin ini. Setakat ini isu tersebut masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Karnival Barangan Malaysia 2022 di pekarangan Mydin Mall Meru Raya di sini pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Exco KPDNHEP, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof.


Sinar Harian pada Sabtu mendedahkan beberapa negeri berdepan masalah kekurangan telur ayam di pasaran apabila barangan tersebut sukar didapati.

Sementara itu, mengenai bekalan barang-barang keperluan untuk menghadapi banjir, Rosol berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Menurutnya, selain itu pihak kementerian turut membenarkan pemborong di kawasan yang akan terlibat dengan bencana banjir menyimpan lebih 30 peratus stok daripada jumlah biasa bagi memastikan barangan keperluan mencukupi.

“Bagi sukarelawan yang mahu menyumbang kepada mangsa, kita minta mereka beli barang-barang di luar kawasan bencana bagi mengelak keperluan penduduk tempatan berkurangan.

“Contohnya jika banjir di Ipoh, penyumbang beli barang-barang dari Kuala Lumpur dan bawa ke tempat bencana untuk pastikan bekalan cukup,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori