• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung keahlian parti selama enam tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika mengesahkan demikian kepada BH hari ini, usahawan itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menghadiri mesyuarat MKT di Kuala Lumpur, malam tadi.

Mohd Yusuf berkata, keputusan itu turut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Saya dimaklumkan beberapa rakan MKT melalui panggilan telefon malam tadi. Setakat ini, belum ada makluman rasmi dibuat Ibu Pejabat UMNO,” katanya percaya keputusan itu kesan tindakannya kerap mengkritik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun secara tertutup.

Mohd Yusuf berkata, beliau belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan ke atas keputusan itu.

“Saya difahamkan, Presiden UMNO (Ahmad Zahid) juga tidak maklum apa kesalahan saya dan Tajuddin dalam mesyuarat malam tadi, cuma umum gantung sahaja kepada MKT.

“Saya percaya ini juga isyarat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), jika Dewan (Rakyat) tidak dibubarkan segera,” katanya.

Mohd Yusof berkata, beliau agak kesal kerana hukuman ke atasnya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas beks Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan Perdana Menteri.

“Saya memang ada kritik presiden, tetapi dibuat hanya dalam kumpulan WhatsApp ketua bahagian UMNO sahaja. Lokman kritik Perdana Menteri lebih banyak, tetapi hukuman ke atasnya tidak seberat saya.

“Selama ini memang saya dianggap bukan orang presiden, maka sebab itu, saya kata ini isyarat kepada Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

“Saya belum fikir sama ada akan merayu atas keputusan ini, tunggu saya bincang dengan dulu dengan Perdana Menteri dan kemudian akan fikir tindakan lanjut,” katanya yang kini berada di luar negara atas urusan keluarga.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Tajuddin setakat ini belum berjaya.

-Berita Harian

Tags: Keahlian PartiMohd Yusof IsmailTajuddinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd