• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
01/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini disifatkan berlandaskan kepentingan rakyat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana segala ketetapan yang dibuat UMNO sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dengan penilaian dan perancangan yang rapi bagi sesebuah tindakan yang vital seperti PRU15.

Sehubungan itu katanya, segala dakyah, tohmahan dan propaganda musuh UMNO untuk menidakkan pentingnya PRU15 diadakan tahun ini hanyalah satu bentuk alasan dan penciptaan persepsi yang berterusan bagi mengelak terpaksa berdepan penentuan kuasa rakyat.

“Alhamdulillah berkat kemuafakatan, kebersamaan dan perpaduan pimpinan UMNO telah mencapai sebuah kesepakatan yang amat penting demi rakyat, untuk negara dan parti keramat ini.

“PRU15 amat mustahak dilangsungkan sekarang untuk memastikan kerajaan yang lebih stabil, kukuh dan efisien dibentuk bagi membantu rakyat keseluruhan. PRU15 amat mustahak diadakan bagi memastikan pembentukan sebuah kerajaan yang berdaya untuk membentengi negara daripada impak kemelesetan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan.

“PRU15 amat mustahak memastikan Kerajaan Persekutuan yang mentadbir negara tidak berdepan dengan tindakan sabotaj oleh musuh dalam selimut yang sentiasa berkepentingan politik. PRU15 amat mustahak untuk memastikan usaha pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat dapat berjalan dengan lancar dan teratur secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malam tadi, mesyuarat MT UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Zahid berkata, kini tiba masa jentera UMNO di seluruh tanah air bergerak lebih pantas, kemas dan tersusun bagi memenuhi aspirasi rakyat mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

“Usah perlu menoleh lagi dan terus mara, kerana masa tidak akan menunggu waima seminit mahupun sesaat amat berharga untuk memastikan negara kembali ke landasan yang sebenar.

“Hampir lima tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) negara berdepan dengan ketidakstabilan yang meruntuhkan segenap aspek dan kebaikannya, maka PRU15 adalah peluang terbaik untuk bersama kita pulihkan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRU-15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd