• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika PN Jadi Kerajaan, Kelantan Dapat Royalti Minyak – Muhyiddin

oleh AK-47
22/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Jika PN Jadi Kerajaan, Kelantan Dapat Royalti Minyak – Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

Perikatan Nasional (PN) berjanji membayar royalti minyak sepenuhnya kepada Kelantan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU ke-15 nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dilontarkan Pengerusi PN Muhyiddn Yassin ketika berucap pada majlis himpunan penyatuan ummah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Menurutnya, segala yang menjadi hak kerajaan Kelantan akan dibayar sepenuh dan sewajarnya.

“Waktu pentadbiran PN kita tidak ragu. Janji kita adalah apa yang menjadi hak Kelantan seperti royalti, kita akan bagi sepenuhnya.

“Itu janji kita yang kita akan laksanakan sekiranya kita menang di Kelantan dan PN dapat mentadbir negara.

“Malah, pada 2020 hingga 2021, kita sudah serahkan bayaran royalti kepada Kelantan sebanyak RM400 juta,” katanya.

Program sempena sambutan 32 tahun pentadbiran membangun bersama Islam itu turut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Sebagai rekod tuntutan royalti minyak adalah perkara yang diperjuangkan kerajaan Kelantan sejak pemerintahan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi dan sehingga kini ia dikatakan belum penuhi kerajaan persekutuan.

Pada awal tahun ini kerajaan Kelantan menjelaskan, negeri itu masih merundingkan bayaran wang royalti petroleum bersama Putrajaya.

Justeru katanya wang bernilai RM400 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada Kelantan sebelum ini merupakan wang ihsan dan bukanlah bayaran tunai royalti petroleum seperti yang pernah dituntut sebelum ini.

Bagaimanapun Menteri Kewangan sementara Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika itu memaklumkan kerajaan Kelantan memperolehi peruntukan RM400 juta hasil daripada petroleum pada 2020 dan 2021.

Katanya, jumlah itu merangkumi lima peratus daripada hasil pengeluaran medan-medan pengeluaran minyak yang berdekatan negeri itu.

“Apa yang penting peruntukan secara langsung diterima sebelum 2019 berjumlah RM28 juta, di bawah kerajaan kerajaan sekarang kita salurkan RM200 juta pada 2020 dan 2021 kepada Kelantan iaitu lima peratus, kita tak ambil satu sen pun,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata, PN turut berjanji akan menguruskan masalah rakyat dengan sebaik mungkin sekiranya dapat menerajui negara selepas pilihan raya umum nanti.

“Sekiranya PN menang dan mentadbir negara, perkara pertama saya akan buat dalam jemaah mengeri adalah kita akan bincang bagaimana kerajaan nak menguruskan masalah rakyat.

“Kita mesti bersikap amanah dan akan menggalas tanggungjawab dengan baik, rakyat akan menjadi keutamaan kita,” jelasnya yang juga presiden Bersatu.

-Malaysia Kini

Tags: KelantanPNPRU-15royalti minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rishi Sunak Peroleh Sokongan Jadi PM Baharu Britain

Next Post

Ubat Sirap Dari Indonesia Punca Masalah Gangguan Ginjal Kanak-Kanak

Related Posts

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

24/04/2025
4

TAPAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan isu penternakan babi boleh mendorong pengundi...

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Next Post
Ubat Sirap Dari Indonesia Punca Masalah Gangguan Ginjal Kanak-Kanak

Ubat Sirap Dari Indonesia Punca Masalah Gangguan Ginjal Kanak-Kanak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd