• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa ‘Cuai’ Kanak-Kanak Main Di Balkoni Ditahan

oleh Mohd Arshad
26/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ibu Bapa ‘Cuai’ Kanak-Kanak Main Di Balkoni Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis menahan ibu bapa kepada dua kanak-kanak yang bermain di balkoni sebuah kondominium di Setapak, dekat sini yang tular dalam media sosial semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan itu, satu laporan polis dibuat pegawai dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu berada di rumah namun tidak menyedari kejadian terbabit.

Katanya, kejadian itu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun.

“Difahamkan, ibu bapa terbabit telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat dan telah dibenarkan pulang malam tadi.

“Pegawai penyiasat akan lengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).

Ujar beliau, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

“Polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak- Kanak.

“Kita juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Semalam, polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dilihat berada di belebas tingkap sebuah kediaman di sebuah pangsapuri di Setapak.

Ini susulan video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang kanak-kanak serta seorang bayi dilihat berada di belebas tingkap kediaman terbabit yang tular dalam media sosial.

Dalam video itu juga, kanak-kanak berkenaan dilihat seperti cuba melompat dari belebas tingkap berkenaan.

-Utusan Online

Tags: cuaiibu bapakanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd