• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tak Perlu Kerjasama Parti Lain Tumbangkan Anwar

oleh AK-47
30/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Tak Perlu Kerjasama Parti Lain Tumbangkan Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiada keperluan untuk BN Parlimen Tambun berkerjasama dengan parti lain untuk menumbangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen tersebut pada PRU15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi BN Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, kepimpinan telah membuat keputusan untuk BN kekal bertanding di kerusi itu menentang calon-calon parti lain.

Menurutnya, BN yakin dengan pengundi setia mereka selain meyakinkan lebih ramai pengundi atas pagar untuk memilih parti itu demi kestabilan negara.

“Kami kepimpinan di peringkat bahagian dan Parlimen terima apa saja keputusan di peringkat pusat kerana ia melibatkan polisi, jadi apa sahaja yang diputuskan di peringkat pusat kami akur.

“Kita tak boleh ambil langkah untuk memikirkan usaha di kerusi Parlimen Tambun sahaja kerana ia berkaitan dengan urusan di peringkat pusat dan kawasan-kawasan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Masyarakat Orang Asli di Kampung Chadak, Hulu Kinta di sini pada Ahad.

Hadir sama pada program tersebut, Timbalan Pengerusi BN Parlimen Tambun, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz dan Naib Pengerusi BN Parlimen Tambun, Datuk Mazlan Abdul Rahman.

Sementara itu, Aminuddin berkata, BN mempunyai pengundi tegar tersendiri yang akan diberikan keutamaan dan perhatian.

Menurutnya, daripada pengundi asas atau tegar itu, mereka akan memperluaskan kepada pengundi-pengundi lain seperti atas pagar dan sebagainya.

“Undi asas yang terbaik pada kita adalah ketika PRU13 di mana pada ketika itu nampak jelas, mana yang tak nak kepada BN telah menunjukkan perubahan sikap, dia tidak mengundi BN. Bagi yang kekal itu, kita harap akan terus kekal sebagai undi asas kepada BN.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk menarik swing vote ke arah BN kerana BN tetap menawarkan ciri-ciri asasnya iaitu memberi kestabilan kepada negara ini berbanding dengan parti-parti lain,” katanya.

Pada 27 Oktober lalu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan supaya UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk pakatan pilihan raya di kerusi Parlimen Tambun jika mahu melihat karier politik Anwar Ibrahim tersungkur di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, memetik laporan sebuah portal, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada pakatan untuk memberi laluan kepada mana-mana parti lawan pada PRU15.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimBN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd