• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Komunikasi Seksual Usahawan Kosmetik Julai Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
27/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bicara Kes Komunikasi Seksual Usahawan Kosmetik Julai Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes usahawan kosmetik, Safiey Ilias yang menghadapi empat pertuduhan, termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua remaja lelaki melalui aplikasi Instagram akan bermula 24 Julai 2023 di Mahkamah Sesyen Ampang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Norhazani Hamzah menetapkan empat hari bermula 24 hingga 27 Julai tahun depan untuk perbicaraan kes Safiey, 28, atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Ilias semasa sebutan kes itu hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashimah Hashim, berkata pihaknya akan mengemukakan 12 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan.

Safiey Ilias yang diwakili peguam, Harjeet Singh Sidhu didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa menerusi aplikasi Instagram di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi, 9 Jun 2021.

Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payudara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 11(1)(a) dan Seksyen 15 (a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 11(1)(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahunm manakala Seksyen 15 (a)(i) membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Tags: Kes Komunikasi Seksual Usahawan Kosmetik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd