• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Niat Henti Bertanding: Ahmad Zahid

oleh AK-47
21/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Belum Ada Niat Henti Bertanding: Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi mengatakan beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak tahu bagaimana dakwaan tersebut boleh timbul dan dari mana sumber kenyataan berkenaan diambil.

“Saya belum terniat untuk lakukan sedemikian (henti bertanding),” katanya ketika ditemui media selepas Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera BN PRU15 di Dewan ABM Jenagor, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jelas beliau yang juga Pengerusi BN, apa yang penting sekarang adalah BN mahu mengetengahkan calon yang boleh memberi kemenangan dalam PRU15 nanti bagi membentuk sebuah kerajaan stabil di Putrajaya.

“Ini termasuklah azam kita untuk memperoleh 70 peratus muka baharu yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri yang sudah dibubarkan,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Ahmad Zahid tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam PRU15).

Sinar Harian difahamkan tempat beliau akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurul Hidayah atau pun orang kanan beliau sendiri.

Pemimpin berusia 69 tahun itu membuat keputusan besar tersebut sebagai satu pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan dalam PRU15 yang telah pun ditetapkan pada 19 November ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO-UMNO Bahagian kepada Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri jika BN ditakdirkan menang.

-Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidibertandingPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan parti itu akan bertanding secara...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd